Tahap-Tahap Istiqomah

 Tahap-Tahap Istiqomah

 Tahap-Tahap Istiqomah

Istiqomah hati:  sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas.  Dengan kata-kata lain Istiqomah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran.  Firman Allah Taala.
b.    Istiqomah lisan:  memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik.
c.    Istiqomah perbuatan:  Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah.  Dengan kata-kata lain istiqomah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa.  Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istiqomah.
2.5.4  Hikmah Istiqomah
Istiqomah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua pengaruh dan cabaran.  Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha untuk mencapai matlamat daripada usaha dan pengorbanannya.  Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan.
Dengan kata lain istiqomah menjadi faktor pencapaian matlamat dalam apa jua bidang sama ada bidang agama, siasah, ekonomi, pendidikan, penyelidikan, perusahaan dan perniagaan.  Peribahasa melayu ada menyebutkan, “berpantang maut sebelum ajal.”
Kejayaan melaksanakan tuntutan iman dan matlamat amal Soleh dapat dicanai dengan sikap istiqomah seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran.
Surah Fusilat-Ayat 30-32. Artinya  ”Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata :  “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):  “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu.”
“Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu  ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya.”  “(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
2.5.5  Membentuk Sikap Istiqomah
Sikap Istiqomah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri:
1.    Matlamat yang unggul  iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
2.    Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
3.    Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wassalam.
4.    Ilmu dan maklumat yang cukup.
5.    Strategi yang kemas dalam perjuangan.
6.    Usaha yang berterusan.
7.    Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.
8.    Berdoa dan bertawakal.
9.    Bersyukur dan rido

sumber :

https://dogetek.co/avg-antivirus-pro-apk/